Ayam lemak briyani
AYAMSalam.
Selamat hariraya idulfitri yang masih lagi berbaki beberapa hari.
Selamat berpuasa sunat Syawal bagi mereka yang masih menyelesaikan puasa sunat.
Rasanya masih ramai juga yang sibuk dengan rumah terbuka dan kenduri kahwin yang datang silih berganti pada hujung minggu.
Resepi ayam lemak briyani.
(Ketika menulis ini, aku teringatkan ayam kampung yang emak bela semasa hayatnya. Ketika itu mak masih sihat. Nasi lebihan, hampas kelapa mak tabur di depan reban ayam dan bertebaranlah ayam ayam itu berlari mendapatkan emak dan mematuk-matuk makanan yang bertabur di atas tanah. Ada kalanya kaki mak dipatuk dan emak menjerit geli.
Sekiranya aku anak beranak pulang ke kampung, sudah pasti dua tiga ekor ayam tumbang disembelih abah. Masak ayam cili api emak adalah yang terbaik di alam maya ini.
Betapa aku rindukan emak......)
Okay....terbawa-bawa sebentar dek emosi.
Bahan:
1 ekor ayam
1 kotak santan kara (atau santan sebiji kelapa)
4 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 cm halia diketuk
1 cm lengkuas diketuk
2 batang serai diketuk
3 sudu besar pes cili kering (gaul dengan sedikit air dan jadikan pes)
8 biji cili api ditumbuk halus
2 sudu besar rempah briyani
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 keping asam keping
Panaskan sedikit minyak.
Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
Masukkan pes cili kering dan cili api. Biarkan betul-betul masak.
Masukkan halia, lengkuas dan serai. Gaul sebentar.
Letak pes rempah briyani dan kunyit. Gaul rata.
Masukkan ayam dan biar air ayam kering.
Masukkan santan, garam dan asam.
Sekian. Tulis pendek je sebab masih dalam mood raya..hihi..
ibundo