Tampilkan postingan dengan label roti. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label roti. Tampilkan semua postingan

Roti tuna

Assalamualaikum. 
Lamanyaaaa tak update.
This dapur has been ignored for quite sometime. I hope I havent lost my masak-masak friends.
Lama dah tak visit you all.
Pergi mana?
Well I'm still around. Doing the daily routine as always. Cuma, fatigue has taken over me. Tu yang jadi semua malas. Kadang-kadang lauk pun main beli saja.

So, anak-anak pun terperanjat jugalah bila masing-masing balik tengok ada roti atas meja. Cos they know their mother ni always complaining tak larat buat tu, penat buat ni.
Hmmm.. dah lama dah nak meroti. Masa yang tak penah ada. (really?)



Recipe for the dough:

Bahan A
600 gm tepung HP
100 gm gula halus
20 gm susu tepung
6 gm garam
6 gm bread improver
11 gm yeast (1 peket mauripan)

Bahan B
285 gm air
1 biji telur
1 sudu kecil butter vanila

Bahan C
60 gm butter

Masukkan bahan A ke dalam mangkuk adunan. Gaul sebati pakai low speed one minute. Masukkan bahan B, blend slow speed selama satu minit lagi.  Masukkan bahan C blend high speed selama 20 minit.

Keluarkan dan bahagikan kepada beberapa biji bebola seberat 50 gm setiap satu.
Kemudian boleh terus isikan inti.  My adonan ni tak payah tunggu kembang kembang baru nak isi inti.  Lepas isi inti baru biarkan dia kembang.




Inti:
1 tin tuna
1 biji bawang besar didadu
1 sudu besar dried parsley
1 biji cili besar cincang kecil (tak suka cili tak payah bubuh)
1 sudu kecil jus lemon

* gaul semua bahan di atas dan masakkan sekejap dalam pan hingga bawang layu.

Untuk tabur:
mozarella cheese
mayonis
cili sos (kalau nak)




Cara nak bentuk roti adalah seperti gambar di bawah.
Mula-mula giling doh jadi empat segi. Jangan susah hati kalau doh asek nak mengerekot ke dalam.  Tarik-tarik je dengan tangan.
Isi inti di sebelah depan saja (ignore gambar 1,2,3).
Gulung memanjang seperti dalam gambar. Step-step berikutnya tengoklah gambar tu.

Bila siap, biarkan kembang (dalam 1jam).
Taburkan cheese, paipkan mayonis dan sos.  Bakar ....


 


My bread tak  bubuh sos.  Sebab tu nampak pucat hiiii....
Rasa? gerenti mabeles.
Oops lupa nak cakap.  Shape yang lagi satu tu senang je.  Bubuh je inti dan bulatkan. Untuk  shape terbelah, potong dengan pisau sebelah tepinya 6 penjuru.



Till we meet again mmm... bila ek?

ibundo

Sandwich meleleh

Kadang-kadang kita malas nak makan nasi.
Mahu something yang sempoi and that something yang paling senang ialah buat sandwich. Something yang sentiasa evergreen.
And that's just what I did.

I made sandwich with poach egg yang telur kuningnya masih meleleh.
OMG.... heaven I tell you.



Tapi buat poach egg yang cantik adalah satu cerita yang lain.
I tried many times before but did not get the look that I wanted.
Putihnya bersememai sana sini.
I watched u tube over and over again to see how they came up with such beautiful poach eggs.
Macam-macam cara ada.
But at last I found a way to make it near to perfections.
Tak perfect pun tak apa lah asal sedap sikit mata nak pandang.




This is how I did.
To those yang dah mahir, bravo.. thumbs up for you guys.
Tapi untuk adik-adik dan anak-anak yang masih terkial-kial, this is what I suggest:

Pecahkan satu biji telur dalam mangkuk.  Pastikan kuning telur tak pecah. Ketepikan.
Guna periuk kecil. Pour about 1 1/2 cup water. Add in 1 tablespoon cuka. Boil.
Bila dah boil gila-gila, kecilkan api sehingga air mendidih tadi simmer saja.
Sebelum masukkan telur kacau air laju-laju dengan sudu clockwise ataupun anticlockwise. Tak kesahlah.
I like to stir anticlockwise sebab kita keliling kaabah pun anticlockwise kan.
Angkat sudu dan semasa air masih lagi berputar, masukkan telur perlahan-lahan.
Tunggu sampai putih telur masak tapi kuningnya masih bergoyang-goyang.  Angkat.




Then to make sandwich is just kacang.
I used two slices of roti gardenia.  Tu saja yang ada kat rumah.
But to make it tastes better, I put a tablespoon of butter in a preheated pan.
Once the butter melted, I sprinkled some dried parsley over and letak a slice of roti  atasnya.
Tunggu sampai roti absorbed the butter and garing.  Then you just flipped it over.
Do alike with the other slice.




Lepas tu ambil je lah apa sayur yang ada dalam peti ais.
Sanwiched them between the two slices of roti.



Apa tunggu lagi.  Makanlah....
Tengok telur kuning tu.  Still oozing..
Pergh.. yummeh.. yummeh..


ibundo

chocolate chips banana bread

Pertama kali bundo terjumpa resepi ni, bundo dah jatuh hati.  Pekenan betul di hati.  Bundo suka bila ada kacang walnut di dalamnya dan semestinya bila dikunyah akan tergigit-gigit rasa kacang tersebut.
Lama juga resepi ni tersimpan sampaikan terlupa tempat asal bundo mengambilnya.

Di sini bundo mahu kongsikan pula bersama anda.



Bahan:
3 cawan tepung gandum
2 tsp baking soda
1/2 tsp garam
1/2 tsp cinnamon powder
4 biji pisang yang masak ranum (size agak besar), hancurkan sedikit
1 cawan sour cream ( 1 cawan susu cair dicampur 1 sudu besar apple cider)
2 biji telur
1/2 cawan unsalted butter
1 cawan brown sugar
1 tsp esen vanila
1 cawan chocolate chips
1 cawan walnut, dipanggang sebentar dan cincang kasar



Cara:
1. Panaskan oven 150 deg c. Sapu dua dulang roti 9x5x3 inci dengan majerin dan tabur sedikit tepung.
2. Dalam mangkuk besar, gaul tepung, baking soda, garam dan cinnamon.  Ketepikan.
3. Pukul pisang, sour cream, telur, butter, gula perang dan vanila sehingga gaul rata lebih kurang 2 minit. Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit dan pukul dengan speed rendah hanya untuk adunan bergaul rata. Masukkan chocolate chips dan walnuts. Gaul dengan tangan.
4. Bahagikan adunan sama rata dan masukkan ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 50 - 55 minit atau sehingga masak.



Sesuai dan enak untuk hidangan minum petang sambil hirup-hirup kopi o panas. Duduk pula di laman rumah bersantai-santai dan bersenda gurauan bersama keluarga.




Selamat menjamu selera.



Sandwich

Pagi tadi panas. Tengahari ni dah mendung macam nak hujan.  Begitulah cuaca sekarang ni kan? Kurang menentu.
Begitu jugalah dengan selera bundo. Juga tak menentu.  Haritu semasa berbuka puasa bundo makan ala kadar tetapi lepas tu teringat sangat nak makan kfc. Bundo ajak anak bundo meredah malam pergi beli ayam goreng.  Mula-mula memang nakkan kfc tetapi separuh jalan bertukar pada ayam goreng mcD.  Bukan nak makan sangat pun.  Makan seketul aje pun dah cukup.






Pagi ni teragak nak makan sanwich telur goreng.
Tengok dalam peti ais ada pula kepingan ayam salai. Bundo bakar roti keping gardenia dan lapis-lapiskan salad, tomato, ayam salai, timun dan letak telur goreng atasnya.  Kalau ada cheese memang dah bundo bubuh dah.



Lepas tu minum dengan kopi halia.  Bundo rebus air, ketuk halia dua tiga keping dan masukkan dalam rebusan air. Biar mendidih beberapa ketika sampai rasa halia keluar.  Kemudian tuang dalam gelas dan masukkan kopi 3 in 1.  Boleh buang angin sampai tak lekat wudhu' hehe..



Bundo suka makan telur yang kuningnya masih meleleh-leleh. Adakalanya berebut-rebut dengan anak-anak nak cucuk telur kuning dan kaut dengan sudu, lepas tu ngap dalam mulut. Nikmatnya makan telur kuning yang masih lembut begitu. Tapi hasben bundo tak bagi makan telur kuning sebab takutkan kolesterol yang tinggi. Jadi, sekali sekal sajalah bundo makan.




Sebelum makan sanwich ni, sempatlah juga dia berposing sana sini depan kamera bundo. Hmmm... nak?


Sekian.


ibundo

Cheezy roti popia

Ini berbuka semalam. Buat 20 ketul, habis. Diorang kata sedap sebab kulitnya rangup.
Buatnya senang saja. Intinya apa-apa pun boleh.  Inti ayam kentang, inti sardin atau bubuh sosej pun jalan.
Tapi yang sedapnya sebab bundo bubuh selapis cheese keping di atas roti, membuatkan intinya basah-basah lembab kekejuan.

Nak cuba?



10 keping roti sandwic gardenia atau seumpamanya
Inti karipap
10 keping cheese kraft
10 keping kulit popia
2 sudu besar tepung gandum
1/2 cawan air



-Tepung dimasukkan kedalam mangkuk dan satukan dengan air hingga sebati.  Ketepikan.
-Ambil sekeping roti gardenia, gelek nipis nipis.
-Letak sekeping cheese di atas roti.  Kemudian letak inti di atas cheese.  Gulung kemas. Buat seperti itu sehingga habis.
-Bentang sekeping kulit popia, bahagian runcing menghadap ke dada.  Celupkan roti ke dalam tepung dan letak di atas kulit popia. Gulung dan kelim di bahagian tepinya. Sapu air tepung di bahagian hujung sebagai perekat.
-Panaskan minyak dan goreng garing.



Sekian.  Selamat berbuka puasa.

ibundo


Roti hotdog bungkus

Selamat berbuka puasa kepada mereka yang berpuasa sunat pada hari ini. Makan apa?
Harini bundo makan nasi impit, rendang daging dan kuah lodeh. Ooops.. makan nasi tiga empat ketul je dan daging sikit. Bundo tak boleh makan daging banyak sebab terselit celah gigi susah nak cungkil hehe..

Bundo buat juga roti hotdog bungkus ini. Makan cicah dengan sos cili campur mayonis atau makan begitu saja. Krap krup krap krup bila dikunyah sebab kulitnya garing.  Nak cuba?



1 bungkus sosej cheese
1 bungkus roti hotdog
1 cawan kubis yang telah dicincang halus
1/2 biji cili merah dicincang halus
1/2 sudu kecil lada hitam ajishio
1 sudu besar mayonis
1 sudu besar cili sos
12 keping kulit popia bersaiz besar
butter untuk menyapu roti
minyak untuk menggoreng



1. Hotdog direndam dalam air panas.  Toskan dan ketepikan.
2. Kubis dicincang halus.  Masukkan ke dalam  mangkuk dan campurkan sos cili, mayonis dan lada hitam.
3. Roti hotdog dibelah tetapi jangan putus.
4. Sapu nipis roti dengan majerin.  Letakkan sayur kubis dan hotdog. Kemudian roti dipotong dua sama panjang.
5. Bentang sekeping kulit popia.  Letak sebelah roti yang telah dipotong tadi dibahagian tepi berhampiran dengan kita. Lipat kedua-dua tepi ke tengah dan gulung sambil menekan sedikit roti supaya padat (seperti menggulung kuih ketayap). Buat seperti itu sehingga roti habis.
6. Panaskan minyak dan goreng seingga kekuningan dengan api perlahan.



Boleh dijadikan juadah untuk berbuka puasa.

Sekian.

ibundo