Pertama kali bundo terjumpa resepi ni, bundo dah jatuh hati. Pekenan betul di hati. Bundo suka bila ada kacang walnut di dalamnya dan semestinya bila dikunyah akan tergigit-gigit rasa kacang tersebut.
Lama juga resepi ni tersimpan sampaikan terlupa tempat asal bundo mengambilnya.
Di sini bundo mahu kongsikan pula bersama anda.
Bahan:
3 cawan tepung gandum
2 tsp baking soda
1/2 tsp garam
1/2 tsp cinnamon powder
4 biji pisang yang masak ranum (size agak besar), hancurkan sedikit
1 cawan sour cream ( 1 cawan susu cair dicampur 1 sudu besar apple cider)
2 biji telur
1/2 cawan unsalted butter
1 cawan brown sugar
1 tsp esen vanila
1 cawan chocolate chips
1 cawan walnut, dipanggang sebentar dan cincang kasar
Cara:
1. Panaskan oven 150 deg c. Sapu dua dulang roti 9x5x3 inci dengan majerin dan tabur sedikit tepung.
2. Dalam mangkuk besar, gaul tepung, baking soda, garam dan cinnamon. Ketepikan.
3. Pukul pisang, sour cream, telur, butter, gula perang dan vanila sehingga gaul rata lebih kurang 2 minit. Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit dan pukul dengan speed rendah hanya untuk adunan bergaul rata. Masukkan chocolate chips dan walnuts. Gaul dengan tangan.
4. Bahagikan adunan sama rata dan masukkan ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 50 - 55 minit atau sehingga masak.
Sesuai dan enak untuk hidangan minum petang sambil hirup-hirup kopi o panas. Duduk pula di laman rumah bersantai-santai dan bersenda gurauan bersama keluarga.
Selamat menjamu selera.

chocolate chips banana bread
4/
5
Oleh
Unknown