Salam.
Semasa jenjalan di alam maya aku terjumpa foto yang nampak sangat menarik dan aku tertarik. Ternyata ia hanya gambar semangkuk sup keledek. Tapi kesannya pada aku, aku ingin menghasilkan foto yang hampir serupa.
Lantas aku siapkan beberapa keperluan untuk menghasilkan sup keledek dengan versi aku sendiri. Aku sisihkan beberapa bahan yang tidak perlu dan tambah beberapa bahan lain sesuai dengan selera kita orang melayu.
Aku mendapat hasil seperti yang aku mahukan.
Aku meletakkan mangkuk sup di depan anak aku. Dengan mulut tejuih dia geleng geleng kepala tanda taknak. Aku kata, rasalah sikit. Dia ambil sikit dan jilat di hujung sudu.
Eee taknak ar. Macam bubur baby je.
Ahak...
Dah namanya pun sup style omputih. Mushroom soup itu pun lebih kurang tu jugak kan.
Bahan:
1 cawan keledek yang telah dipotong cube
1/2 cawan carrot yang telah dipotong cube
6 keping cendawan tiram
6 ekor udang dibuang kulit
3 cawan stok ayam (atau 1 cube stok ayam+3 cawan air)
3 sudu besar santan kotak
1 biji cili api (pilihan)
garam secukup rasa
Cara:
-Rebus keledek, carrot dengan air saja sehingga empuk
-Masukkan cili api, udang dan cendawan tiram
-Masukkan santan dan sedikit garam
-Padamkan api, masukkan bahan ke dalam blender dan blender halus. (boleh juga tinggalkan beberapa ketul kiub keledek di dalam periuk) Hati-hati kerana ia masih panas.
-Masukkan kembali bahan blender ke dalam periuk. Jerang semula sehingga mendidih. Padamkan api.
-Semasa menghidang, taburkan dengan sedikit kacang (tak kesahlah kacang apa) dan daun bawang/sup.
Siapa yang nak berdiet tu elok juga makan sup macam ni. Kenyang dan berkhasiat.
ibundo

Sup Keledek Omputih Style
4/
5
Oleh
Unknown