Tampilkan postingan dengan label ROLLS. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label ROLLS. Tampilkan semua postingan

Pratha Sushi

Salam.
Setengah bulan telah berlalu. Idea untuk buat perbukaan makin kering. Nampaknya kena rotate dari mula. Nasi lemak dah buat dua kali dah.
Petang ni?
Mintak idea dari imah, macam-macam benda merapu yang dia cakap.
Rasanya nak stick to the second suggestion. Ikan tiga rasa, rendang kerang dan sayur nanti pikir kemudian nak buat apa.
I have a big family as I told so many times. Pastilah kena masak banyak. Everyday is like a kenduri day.
Kalau masak ayam, kena masak 2 ekor.
Kalau masak daging kena masak 1 kilo setengah.
Kalau masak ikan siakap  tiga rasa yang nak dibuat petang ni, kena masak 4 ekor.
Tu belum masuk side dish.
Fuuhh.. memang mencanak-canak bajet lari bulan ni.
Tapi seronok bila semua anak-anak dapat berkumpul dan makan sama-sama.
(alamak... tertekan enter dan terus posting.  Padahal belum siap)


Yang ini namanya Pratha Sushi.  That's what came to my mind.
To those yang berdiet, boleh lah cuba-cuba. Jangan terlalu manja sangat dengan makanan yang sedap-sedap berlemak kan..



Bahan mudah dan mungkin ada dalam peti ais masing-masing.

Roti pratha (I bought jenama kawan)
Nasi secukupnya
Cuka nasi
Udang
Carrot
Timun
Salad
Nori
dash of black pepper and salt
sedikit jus lemon

Goreng tanpa minyak roti pratha dalam pan sehingga masak. Boleh juga kalau nak taruk majerin sikit. Put aside.
Nasi yang tengah panas dilenyek dengan cuka nasi.  Banyaknya cuka agak-agaklah.
Carrot diparut kasar. Gaul bersama black pepper, garam dan jus lemon.
Timun dipotong kecil panjang.
Udang dibuang kulit, belah belakang dan celur dengan sedikit garam.





Penyudah:
Bentang roti pratha.
Letak nasi di sudut tepi berhampiran kita.
Letak carrot di atasnya.  Kemudian timun dan akhir sekali udang.
Gulung ketat dan sebelum selesai menggulung letakkan sekeping nori dan gulung bersama sehingga nori menutupi roti prata.  Sekiranya nori macam tak mahu melekat, sapu sedikit air.
Potong ikut selera.









That's about all. Belum tau bila nak selit n3 baru.
Masak tetap masak tapi nak ambil gambar yang leceh.
Selamat berpuasa, selamat beribadat, selamat masak untuk keluarga dan selamat berbuka di petang nanti.

Salam,
ibundo

Pratha gulung sayuran

Makanan ni bundo buat semalam.  Untuk dinner bundo cuba untuk tidak makan nasi. Cuba banyakkan makan sayur dan buah sahaja.
Yang ini sebenarnya bundo buat untuk bundo sahaja tapi ramai pula orang lain yang mengendeng.




Bahan:
beberapa keping roti pratha
3 tangkai bayam ambil daunnya sahaja
1/2 batang carrot diparut kasar
1/4 batang celery didadu
1/2 tongkol jagung manis
1/2 biji bawang besar didadu
1sudu kecil parsley kering
1/2 sudu kecil lada hitam ajishio
1 sudu besar butter/majerin
1 sudu besar tepung gandum
1/2 cawan air




1. Panaskan butter. Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga berbuih.  Tambah air, kacau laju sehingga tidak berketul dan licin.  Sekiranya kurang air, tambah sedikit air.
2. Masukkan parsley kering, lada hitam dan garam.  Kacau rata.
3. Masukkan pula sayuran dan masak sehingga kuah pekat dan sayur masak.
4. Biarkan sejuk seketika.
5. Roti pratha dimasak di dalam kuali tidak melekat.
6. Ambil sekeping roti pratha, bubuh sayur dan gulung.
7. Makan ketika panas kerana roti masih rangup.



Hari ini cucu bundo Hafiy akan masuk ke OT untuk diambil air tulang belakang. Doktor mahu pastikan samada sakit hafiy ada kaitan dengan lukemia atau tidak. Tolong doakan...


ibundo

Sushi serunding ikan

Isnin cuti.  Tak pergi kemana-mana?
Rabu lepas krew satu majalah ni datang ke rumah bundo ambil gambar-gambar laksa yang disuruh buat. Ada 4 jenis laksa semuanya. Walaupun buat-sikit-sikit tapi kalau dah 4 jenis puas jugalah makan sampai ke malam.

Bila ada kuah yang berlebih, tentulah sayang nak buang. Lebihan kuah itu bundo masak sehingga betul-betul kering dan jadilah ia serunding ikan.  Untuk elakkan terasa masin, bundo tambah dengan jus dari sebiji lemon. Bibik makan gaul-gaul dengan nasi panas saja. Sedap, katanya.




Bundo tengok seaweed lebihan buat sushi dulu ada lagi dalam lemari. Timbul pula idea untuk buat sushi serunding ikan sebab banyak kali terlihat dalam majalah orang buat sushi serunding.
Oleh kerana nasi khas untuk sushi tak ada, bundo guna nasi biasa saja.




Bahan:
Seaweed
Nasi
Cuka nasi
Serunding ikan
Carrot dipotong mancis halus memanjang
timun jepun dipotong halus memanjang
cili merah dipotong halus memanjang
beberapa keping sayur salad
Tikar penggulung sushi

1. Nasi yang masih panas dilenyek-lenyek dan dicampur dengan beberapa sudu cuka nasi. Sesuaikan dengan rasa yang dikehendaki.
2.  Bentang tikar penggulung sushi.  Letak sekeping seaweed. Ratakan nasi di atasnya (tinggalkan kosong sedikit di bahagian hujung sebelah depan).
3.  Letak serunding memenuhi atas nasi.
4. Letak kepingan salad di bahagian sebelah tepi berdekatan dengan badan. Susun timun, carrot dan cili di atasnya.
5. Gulung padat.
6. Potong mengikut suka.






Boleh juga buat variasi lain.
Sekian.

ibundo

Cheezy roti popia

Ini berbuka semalam. Buat 20 ketul, habis. Diorang kata sedap sebab kulitnya rangup.
Buatnya senang saja. Intinya apa-apa pun boleh.  Inti ayam kentang, inti sardin atau bubuh sosej pun jalan.
Tapi yang sedapnya sebab bundo bubuh selapis cheese keping di atas roti, membuatkan intinya basah-basah lembab kekejuan.

Nak cuba?



10 keping roti sandwic gardenia atau seumpamanya
Inti karipap
10 keping cheese kraft
10 keping kulit popia
2 sudu besar tepung gandum
1/2 cawan air



-Tepung dimasukkan kedalam mangkuk dan satukan dengan air hingga sebati.  Ketepikan.
-Ambil sekeping roti gardenia, gelek nipis nipis.
-Letak sekeping cheese di atas roti.  Kemudian letak inti di atas cheese.  Gulung kemas. Buat seperti itu sehingga habis.
-Bentang sekeping kulit popia, bahagian runcing menghadap ke dada.  Celupkan roti ke dalam tepung dan letak di atas kulit popia. Gulung dan kelim di bahagian tepinya. Sapu air tepung di bahagian hujung sebagai perekat.
-Panaskan minyak dan goreng garing.



Sekian.  Selamat berbuka puasa.

ibundo