Salad Bende

Salam Jumaat.
Setelah beberapa Jumaat berlalu, baru hari ini berkesempatan untuk menulis beberapa kata di sini. Was not feeling well the past few weeks. Baru dua tiga harini je bertenaga sedikit.
Just merely 3 weeks after my operation, I was down again only this time the culprit was aedes. I was warded for 5 days for dengue fever but recuperation was slow. Real slow. Aches was all over the body. Nak menulis nama pun tulisan herot berot kerana tangan menggeletar.

Well, sedikit explanation kerana lama tak update. Really miss the cooking. Really miss the picture taking but deep down inside there is a little voice asking me to hold down a little bit more.
By the way, salad ni was done two months back. Found the picture in the file and here it is....


I planted bende at the back of the kitchen. Subur dan banyak buah.  Hari hari petik buah bende and know what, we really enjoy taking it just as it is. Petik yang muda dan buat ulam.  Sedap.



 Ada juga kadang-kadang buat salad seperti ini:




SALAD BENDE
6 biji bende
4 kuntum brokoli potong separuh setiap kuntum
¼ biji capsicum dipotong dadu
½ biji bawang besar di dadu besar
5 biji tomato ceri dibelah dua
Secubit lada hitam kasar
1 sudu besar extra virgin olive oil
1 sudu besar jus lemon
10 helai daun pudina

Cara:
1.       Rebus air sehingga mendidih. Celur  bended dan brokoli sebentar. Angkat dan masukkan ke dalam air sejuk.
2.     Potong serong bende.
3.     Di dalam mangkuk, masukkan kesemua bahan dan gaul rata.
4.     Makan segera apabila siap.





Well, enjoy yourself.
Jumpa lagi kalau masa mengizinkan.

ibundo

Artikel Terkait

Salad Bende
4/ 5
Oleh

Berlangganan

Suka dengan artikel di atas? Silakan berlangganan gratis via email