Ayam rendang briyani

Salam hari jumaat.
Dah hari jumaat.
Pejam celik pejam celik, bulan satu dah nak sampai ke penghujung. Cepat betul masa berjalan. Sebagaimana cepatnya uban-uban yang tumbuh menjalar di atas kepala hehe..

Cerita pasal rendang ayam ni.  Mulanya nak buat rendang biasa tapi last minute tergerak pula nak cuba dengan rempah briyani. Maka terjadilah ayam rendang briyani.  Rasa boleh tahan lah jugak. Bundo saja buat bumbunya banyak-banyak supaya boleh selet-selet dengan roti. Mmmm.. nikmat.



 Bahan:
1 ekor ayam
1 1/2 biji kelapa parut.
3 biji bawang besar *
3 batang serai *
1 inci lengkuas*
1 inci halia*
3 biji buah keras*
15 biji cili api (tambah kurang ikut selera)*
3 sudu besar rempah briyani
1 sudu kecil kunyit serbuk
8 helai daun limau purut dibuang tulangnya
1 sudu besar jus lemon
garam secukupnya



1. Blender kelapa dan perah santannya.
2. Blender bahan yang bertanda *.  Campurkan bahan blender dengan rempah briyani dan kunyit.
3. Panaskan sedikit minyak.  Tumis bahan blender  dan daun limau purut sehingga masak dan wangi.
4. Masukkan santan. Masak santan sehingga ia tinggal separuh daripada asal.  Masukkan ayam.
5. Tambah jus lemon.
6. Masak sehingga pekat.



Ni rendang ke?
Haah.
Kenapa rasanya lain.
Sebab taruk rempah briyani.
Sedap..







Sekian. Hujung minggu ni bundo nak pergi bejalan.  Isnin cuti kan. Dan pastinya dapur bundo tak berasap buat beberapa hari. Sabar je lah dengan ayam rendang briyani ni ye.



Artikel Terkait

Ayam rendang briyani
4/ 5
Oleh

Berlangganan

Suka dengan artikel di atas? Silakan berlangganan gratis via email