Pagi tadi panas. Tengahari ni dah mendung macam nak hujan. Begitulah cuaca sekarang ni kan? Kurang menentu.
Begitu jugalah dengan selera bundo. Juga tak menentu. Haritu semasa berbuka puasa bundo makan ala kadar tetapi lepas tu teringat sangat nak makan kfc. Bundo ajak anak bundo meredah malam pergi beli ayam goreng. Mula-mula memang nakkan kfc tetapi separuh jalan bertukar pada ayam goreng mcD. Bukan nak makan sangat pun. Makan seketul aje pun dah cukup.
Pagi ni teragak nak makan sanwich telur goreng.
Tengok dalam peti ais ada pula kepingan ayam salai. Bundo bakar roti keping gardenia dan lapis-lapiskan salad, tomato, ayam salai, timun dan letak telur goreng atasnya. Kalau ada cheese memang dah bundo bubuh dah.
Lepas tu minum dengan kopi halia. Bundo rebus air, ketuk halia dua tiga keping dan masukkan dalam rebusan air. Biar mendidih beberapa ketika sampai rasa halia keluar. Kemudian tuang dalam gelas dan masukkan kopi 3 in 1. Boleh buang angin sampai tak lekat wudhu' hehe..
Bundo suka makan telur yang kuningnya masih meleleh-leleh. Adakalanya berebut-rebut dengan anak-anak nak cucuk telur kuning dan kaut dengan sudu, lepas tu ngap dalam mulut. Nikmatnya makan telur kuning yang masih lembut begitu. Tapi hasben bundo tak bagi makan telur kuning sebab takutkan kolesterol yang tinggi. Jadi, sekali sekal sajalah bundo makan.
Sebelum makan sanwich ni, sempatlah juga dia berposing sana sini depan kamera bundo. Hmmm... nak?
Sekian.
ibundo

Sandwich
4/
5
Oleh
Unknown