Pagi tadi sibuk masak sebab anak-anak mengajak kawan-kawan mereka datang makan-makan sempena syawal yang belum berakhir. Sementelah dah masak, bundo ajaklah juga staff yang tak berapa kerat tu datang sama. Bundo masak ala kadar saja dengan bantuan anak-anak dan bibik.
Selesai masak bundo lari sekejap ke pasar seni di kl sebab menemankan sepupu membeli cenderahati untuk dibawa pulang ke jakarta. Lama sungguh bundo tidak ke sana. Sepupu-sepupu bundo sibuk mencari barang kenangan, bundo sibuk mencari barang untuk bundo jadikan prop untuk fotografi. Yang bundo puas hati sangat, bundo dapat penepuk lalat yang dibuat daripada rotan haha. Sebelum ni bundo beli yang plastik tetapi sekejap dah rosak dikerjakan dek faris cucu bundo.
Lauk ikan ni bundo buat semalam. Sedap dihirup hirup kuahnya dan dimakan bersama nasi panas. Tapi ikan sekarang ni mahal sungguh. Kalau nak dibandingkan dengan ayam, lebih murah ayam tapi sebab dah muak makan ayam, belilah juga ikan walaupun mahal. Satu ekor ikan merah ni harganya 32 ringgit. Ayam sekor baru 12 ringgit.
Bundo masak satu ekor ikan merah sebab yang makannya ramai. Adjustlah bahan ye..
1 ekor ikan merah
1 inci lengkuas sebesar ibu jari kaki *
1 inci halia *
4 biji buah keras *
6 biji cili merah (cili besar) *
2 keping asam gelugur *
6 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
2 batang serai diketuk
1 kuntum bunga kantan dibelah 2
1 helai daun kunyit dikoyak-koyak
6 biji bende
2 biji tomato dipotong dan buang biji
Blender bahan yang bertanda *. Tumis dengan sedikit minyak sehingga naik bau.
Masukkan air (pandai-pandailah mengagak). Masukkan serai, bunga kantan dan daun kunyit.
Apabila mendidih, masukkan ikan.
Masukkan garam dan asam keping.
Masukkan pula bende dan tomato apabila hampir matikan api supaya sayur tidak lembik.
Sekian.
Salam dari,
ibundo

ikan merah masak asam
4/
5
Oleh
Unknown