Ayam Kicap Bundo

Salam.
Rumah bundo ni memang selalu masak ayam.  Jadi tak heranlah kalau bundo asek tayang menu ayam haha.
Tapi budak-budak kat rumah ni tak muak-muak makan ayam. Kalau tak ayam, telur.  Kalau tak telur, sambal.  Senang betul hidup. Kalau masak ikan, sampai naik rentung ikan tu asek kena panaskan atas dapur. Ye lah.. tak habis, masuk peti ais. Kemudian reheat. Masuk peti ais balik.  Reheat balik.  Mana tak rentungnya hiii..  Akhirnya rezki si Jordan kucing bundo.



Ayam ni masak petang tadi. Sebenarnya nak masak lain tapi dah mata terpandang ayam, ambil je lah ayam. Sambal nasi lemak belen diorang bawak pergi piknik kat hulu langat pagi tadi, ada semangkuk. Cukuplah untuk buat rasa pedas-pedas sebab ayam tu  masak kicap, memang lah takde pedasnya. Kalau makan tak ada yang pedas, tak kaw.




Okay, resepi.
Bahan:
1 ekor ayam

untuk rebusan ayam:
1 sudu kecil lada putih
1 inci halia diketuk
1 inci lengkuas diketuk
2 batang serai diketuk
6 helai daun limau purut dibuang tulangnya
3 helai pucuk daun kunyit dipotong pendek
Anggaran 3 cawan air
1 sudu kecil serbuk stok ayam
secubit garam
secubit serbuk kunyit





Untuk goreng kicap:
3 ulas bawang merah ditumbuk kasar
3 ulas bawang putih ditumbuk kasar
2 biji bawang merah sederhana besar dipotong bulat
4 biji cili api dipotong dua
1 batang daun bawang dipotong pendek
1 batang daun saderi dipotong pendek
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar kicap cair
1 sudu kecil gula
1 sudu besar jus limau kasturi/ lemon
2 keping hirisan halia dipotong julien



Cara:
- Masukkan ayam ke dalam periuk.  Tambah air sehingga ke paras ayam. Masukkan bahan-bahan untuk rebusan ayam.  Rebus ayam bersama bahan-bahan sehingga airnya tinggal separuh.
- Keluarkan ayam dan ketepikan air rebusan untuk kegunaan kemudian.
- Panaskan minyak.  Goreng ayam sebentar.  Sebentar saja agak-agak 3, 4 minit. Ketepikan.
- Keluarkan minyak dari kuali dan tinggalkan sedikit untuk menumis.
- Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga wangi.  Masukkan sos tiram, kicap pekat dan kicap cair.  Gaul rata.
- Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan tambahkan dengan air rebusan ayam.  Masukkan sekali semua serba serbi yang ada dalam air rebusan itu.
- Tambah jus limau, gula, cili api dan rasakan masinnya.  Balancekan semua rasa.  Boleh tambah kicap, kalau kurang masin.
- Akhir sekali sebelum api ditutup, masukkan bawang potong, daun bawang dan daun saderi.



Jomlah makan!!!!

ibundo

Ayam Aneka Rempah AROMA

Hujung minggu yang panjang... ah seronoknya. Kepala kurang berserabut dengan kerja-kerja yang menimbun. Kurang sedikit. Realitinya kerja tak pernah pupus selagi nadi berdenyut.

Semalam bundo ke sogo bersama anak-anak. Biasalah, bapa anak-anak lebih rela duduk di rumah daripada sama-sama menyibukkan diri dalam aktiviti pandang-pilih-letak-cari lagi-sampai melepek. Biasalah perempuan. Kalau bukan begitu, bukanlah perempuan yang menyoping namanya. Akhirnya dapat juga apa yang dicari dan lawaknya, dapat juga apa yang tidak dicari.  Biasalah tu kan?

Sogo penuh dengan manusia. Sampai ke anak tangga manusia melepak.  Terasa macam berada di negara asing bukannya negara sendiri kerana rata-rata mereka yang melepak itu bukan orang kita. Teringat masa dulu-dulu ketika bundo masih muda.  Waktu tahun baru cina seperti ini kuala lumpur sunyi sepi. Lengang. Kedai yang dibuka boleh dibilang dengan jari. Shopping complex memang mati terus sampai tiga empat hari. Sekarang?

Lalu di stall menjual majalah bundo berhenti sebentar, mengambil majalah Aroma, menyelak mukasurat dan menunjukkan kepada anak yang belum melihat. Sebenarnya sudah beberapa hari berkira-kira untuk membuat satu n3 berkenaan dengan ini. Setidak-tidaknya sebagai tanda besar hati bundo kepada pihak Aroma yang telah sudi menampilkan bundo dengan resepi entah hape-hape memenuhi beberapa helai mukasurat dalam Aroma februari itu. Memang kebetulan semasa dihubungi bundo sibuk tahap gaban. Memang tidak ada masa langsung untuk memasak resepi-resepi baru. Namun pihak Aroma berpuas hati saja dengan resepi-resepi yang telah pernah bundo siarkan di dapur ibundo. Terima kasih.

Di bawah ini salah satu resepi yang dimasukkan. Bundo kongsikan di sini kerana bundo belum pernah kongsikannya bersama anda di sini.






1 ekor ayam
3 sudu besar rempah kari
2 sudu besar rempah kurma
2 sudu besar rempah briyani
250 gm santan pekat
2 cawan santan cair
2 batang serai dititik
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunya lawang
3 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
8 biji buah kurma dibuang biji
Segenggam bawang goreng

Bahan dikisar halus:
6 biji cili kering
3 biji buah keras
1 inci lengkuas
1 inci halia






Cara:
1.       Tumis bahan kisar dan rempah empat sekawan sehingga wangi.  Kemudian masukkan rempah-rempah yang telah digaul dengan sedikit air.  Masak sehingga rempah garing.
2.       Masukkan ayam, serai dan masak sehingga air ayam kering.  Kemudian masukkan santan pekat dan santan cair.
3.       Tambah garam.  Apabila kuah agak pekat, masukkan buah tamar dan bawang goreng.






Dapat juga melihat wajah sheila yang cantik comel di majalah ini. I love you shiela. Resepi-resepi dan foto-foto dari blog shiela selalu menggoda keimanan bundo.



Semalam baru sempat membeli majalah RASA mac dan di dalamnya dipaparkan airtangan beberapa bloggers otai yang sangat disegani di alamaya ini.  Belilah...




Stew Ayam

Masakan ayam bundo ni nampak macam kari pun iye.  Macam asam pedas pun iye jugak. Tapi sebenarnya bundo buat stew, terpengaruh dengan stew amie masa pergi melawat ke dapur dia.  Cuma stew bundo ni stew  yang biasa-biasa bundo buat. Biasalah.. resepi campak-campak hantam-sajalah-labu.
Cakap pasal labu, lama dah bundo tak masak guna labu.  Sejak brpp brpp asek berangin. (sejak kebelakangan ini keliling bundo ni penuh dengan hangin).




Oleh sebab tak boleh duduk lama-lama depan lappy ni, bundo terus jelah cakap pasal resepi. Anak-anak bundo kalau nak masak, geledah jelah kat dalam dapur ni.

Bahan:
1 ekor ayam
3 ulas bawang putih dicincang halus
2 biji bawang besar (sederhana besar) didadu besar
2 sudu besar pes cili kering
5 sudu besar tomato  puree
3 biji ubi kentang dibelah 4 setiap satu
1 batang carrot dipotong tebal
1 batang celery dipotong tebal (daunnya diambil)
4 sudu besar kacang peas
800 ml stok ayam (atau 800ml air + satu cube stok ayam)
4 helai daun selasih
1 sudu kecil gula
garam secukupnya





- Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga layu dan wangi.
- Masukkan pes cili.  Goreng sehingga masak.
- Masukkan ayam. Masak sehingga bertukar warna.
- Tambah tomato puree, ubi kentang, carrot,  dan air stok ayam.
- Apabila mendidih masukkan pula daun selasih dan daun celery.
- Celery dimasukkan bila kuah agak pekat.
- Masukkan pula kacang peas sejurus sebelum api dipadamkan.
- Jangan lupa garam dan sedikit gula.




Kuah ni nampak merah sebab ada pes cili dan tomato puree. Ada rasa pedas-pedas, masam-masam dan manis-manis.





Sekian. Jom makan!!!







penne sos daging ayam kaw kaw

Penat makan nasi, penat menggulai dan paling penat... mikir apa nak masak.
Hah.. aku hentam bagi korang makan pasta kehkeh.
Adei.. apalah nasib. Baru tiga minggu dapat bibik, lariiiii. Katanya capek.. capek.  Nak capek ke hape.
Pagi bundo masak.  Tengahari bundo masak.  Petang bundo masak. Dia cuma basuh pinggan, lap pinggan, nyapu, mop, sidai kain, angkat kain, lipat kain.  Gosok baju, bundo. Nyapu pun kena suruh.  Mop pun kena suruh. Betul-betul macam paku dengan tukul besi. Sekali pukul, paku masuk. Tak pukul, melekat je lah kat situ.
Heh, tak pasal pasal je bundo membebel kat sini. Mana taknya, hangus 6K macam tu je. Tak hangen?  Sapa-sapa pun hangen. Dan dia lari pun ambil kesempatan masa bundo makan hangin haritu.
Pada sesiapa yang nak ambil maid tu, tanya dulu betul2 nak kerja rumahtangga ke tak.  Kadang-kadang agen dia kat indon tu janji lain.  Sampai sini kena jadi bibik.  Macam maid bundo ni mati-mati dia cakap agen dia janji nak bagi keje kat kilang roti. Eee.. aku jugak yang susah.



Pasta ni namanya penne kan?
Bundo kadang-kadang keliru nak sebut nama.  Bentuknya banyak sangat.  Rasa tak adalah beza sangat pun. Cuma ada yang halus, ada yang tebal, ada yang panjang, ada yang pendek, ada yang bergerigi, ada yang mengerekot. Ishh.. apa bendalah yang aku merepek ni.



Jomlah tengok apa bahan yang bundo pakai.
1 bungkus penne
400 gm ayam hancur ramli
1 botol sos spageti kimball
1 tin sup tomato kimball
2 biji bawang besar didadu
3 ulas bawang putih dicincang halus
1 tin cendawan butang yang sedia dihiris
3 sudu besar pes cili kering
1 sudu besar  parsley kering
1 sudu besar serbuk lada hitam kasar



1. Penne direbus el dante
2. Tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan bawang besar. Tumis sehingga layu. Masukkan pula pes cili dan masak sehingga cili garing.
3. Tambah daging ayam.  Masak sehingga air ayam kering.
4.  Masukkan sos spageti, sup tomato dan masak sehingga agak pekat.
5. Tambah cendawan, daun persley dan lada hitam.  Jangan lupa garam. Boleh juga tambah sesudu serbuk stok ayam.
6. Masukkan penne dan goreng lagi sehingga bergaul rata.
7. Boleh juga diasingkan kuah dan pasta.  Ikut suka hati mak lah nak buat cara mana pun.



Jom makan!!!!




Opor Ayam Berkentang

Selamat hujung minggu buat semua. Kemana harini? Berjalan-jalan bersama keluarga? Shopping shopping atau di rumah saja bersantai-santai.  Pastinya yang bersantai hanya suami dan anak-anak sedangkan kita bersilat-silat mengemas itu ini, masak bagai. Betullah kata orang.  Setinggi mana pun kita ni belajar kalau dah perempuan memang tak boleh lari daripada kerja-kerja rumah tangga.

Mmm.. kalau tak tau nak masak apa harini, jom masak opor ayam bersama bundo. Pasti tak mengecewakan.



Bahan:
1 ekor ayam
1 biji kelapa diasingkan santan cair dan santan pekat.
3 biji kentang 
2 batang serai dititik
5 helai daun limau purut dibuang tulangnya
2 helai daun salam
1 keping asam keping
5 biji cili api diketuk
1 sudu kecil serbuk stok ayam
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk lada putih
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
bawang goreng untuk ditabur sekiranya suka

bahan kisar:
6 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
5 biji buah keras
1 inci  lengkuas
1 inci halia




Cara:
- Campur bahan kisar bersama serbuk jintan manis, serbuk ketumbar dan serbuk lada putih.
- Panaskan sedikit minyak.  Tumis bahan kisar sehingga harum.  Masukkan daun limau purut, daun salam, cili api dan serai.
- Tambah ayam.  Masak ayam sehingga airnya habis keluar.
- Masukkan santan cair. Masak sehingga ayam separuh masak. Masukkan pula kentang, stok ayam dan santan pekat.
- Apabila kentang empuk, tambahkan asam keping.
- Kuah mestilah agak pekat. Pandai-pandailah adjust supaya santan tidak terlalu banyak.





Untuk tujuan fotografi ni bundo letak kuahnya sikit saja. Padahal kuanya banyak je lagi dalam periuk tu.
Oh ya.. kalau suka, taburlah dengan bawang goreng semasa menghidang.  Ia akan menambahkan aroma.



Sekian.  Selamat berhujung minggu dari bundo yang sekejap ada sekejap tak ada ni....




ikan goreng lemak harum

Salam.
Sebenarnya bundo tak pergi jauh mana pun. Pergi johor je.  Melawat sedara di kota tinggi dan lepas tu mengenang-ngenang masa  lampau di johor bharu. Bundo menghabiskan beberapa tahun usia remaja bundo kerana bersekolah di situ.  Sempat jugalah melawat sekolah lama. Walaupun sudah berpuluh tahun bundo tinggalkan, bangunan  yang bundo kenal dulu masih utuh di situ.

Sempat juga ke JPO. Sana sini orang bercakap mengenainya. Bila dah sampai di jb, takkan tak pergi. Tapi harganya mak datukkkk.. mahal gilerrr. Memang terperanjat beruk tapi bila tengok satu henbeg kulit yang hati pekenan, sambar jugaklah satu. Itu pun sebab ada diskaun.

Bagi yang belum pernah ke kota tinggi, bundo nak bagitau yang harga tudung, baju siap atau kain bahan memang agak murah.  Di situ ada satu bazar.  Sepupu bundo buka restoren minang di situ. Mulanya bundo tak tahu juga yang di situ ada jual kain yang berbaloi-baloi harganya. Bila bundo meronda dari satu kedai ke satu kedai, bundo dapati harga baju siap sepasang adalah separuh lebih murah daripada di kl ni. Sepasang baju  sulam yang ada batu harga di kajang 160.00 ringgit.  Tapi di situ, baju yang sama harganya 75.00.  Murah kan? Bundo beli 3 pasang..haha.



Okay.  Pasal masak-masak pula.
Bundo namakan masakan ni ikan goreng lemak harum sebab baunya memang harum. Harum dah pastinya enak.  Cubalah..

Bahan:
3 ekor ikan kembung
2 biji bawang besar saiz kecil hiris bulat
3 ulas bawang putih dititik
1/2 inci halia hiris mancis
4 ulas bawang merah ditumbuk kasar
4 biji cili api dipotong dua serong
2 biji cili hijau besar potong 2 serong
1 cawan santan pekat
1/2 cawan santan cair
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 @ 2 helai  daun kunyit dikoyak-koyak.
2 sudu besar bawang goreng
1 keping asam keping



- Ikan dilumur kunyit dan sedikit garam.  Goreng tapi jangan garing.
- Panaskan sedikit minyak.  Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga wangi.
- Masukkan cili, serbuk kumnyit dan bawang besar.  Tumis sebentar.
- Masukkan pula santan cair, santan pekat dan daun kunyit.
- Apabila mendidih, masukkan ikan, asam keping dan bawang goreng.
- Rasakan garamnya.


Selamat mencuba.  Boleh tahanlah sedap.
(Sendiri puji.  Siapa lagi nak puji kan.. )





Ayam rendang briyani

Salam hari jumaat.
Dah hari jumaat.
Pejam celik pejam celik, bulan satu dah nak sampai ke penghujung. Cepat betul masa berjalan. Sebagaimana cepatnya uban-uban yang tumbuh menjalar di atas kepala hehe..

Cerita pasal rendang ayam ni.  Mulanya nak buat rendang biasa tapi last minute tergerak pula nak cuba dengan rempah briyani. Maka terjadilah ayam rendang briyani.  Rasa boleh tahan lah jugak. Bundo saja buat bumbunya banyak-banyak supaya boleh selet-selet dengan roti. Mmmm.. nikmat.



 Bahan:
1 ekor ayam
1 1/2 biji kelapa parut.
3 biji bawang besar *
3 batang serai *
1 inci lengkuas*
1 inci halia*
3 biji buah keras*
15 biji cili api (tambah kurang ikut selera)*
3 sudu besar rempah briyani
1 sudu kecil kunyit serbuk
8 helai daun limau purut dibuang tulangnya
1 sudu besar jus lemon
garam secukupnya



1. Blender kelapa dan perah santannya.
2. Blender bahan yang bertanda *.  Campurkan bahan blender dengan rempah briyani dan kunyit.
3. Panaskan sedikit minyak.  Tumis bahan blender  dan daun limau purut sehingga masak dan wangi.
4. Masukkan santan. Masak santan sehingga ia tinggal separuh daripada asal.  Masukkan ayam.
5. Tambah jus lemon.
6. Masak sehingga pekat.



Ni rendang ke?
Haah.
Kenapa rasanya lain.
Sebab taruk rempah briyani.
Sedap..







Sekian. Hujung minggu ni bundo nak pergi bejalan.  Isnin cuti kan. Dan pastinya dapur bundo tak berasap buat beberapa hari. Sabar je lah dengan ayam rendang briyani ni ye.