Salam hari isnin. Semuga keceriaan memihak kepada anda semua.
Alhamdulillah. Antara tugas besar yang menanti bundo setiap hujung tahun sudah selesai Sabtu lepas. Bukan maknanya sudah boleh lepas tangan. Banyak lagi kerja yang menanti untuk memasuki sesi baru pada awal tahun depan. Semuga bundo diberikan kekuatan memandangkan bundo ni dah patut pencen goyang kaki saja di rumah sambil goyang-goyang tangan ketuk kuali belanga.
Projek sambal ini bundo buat tengahari semalam. Mulanya nak buat sambal gesek ikan bilis tapi bila tengok dalam peti ais ada mangga sebiji dan ada pula dada ayam kepsi yang tak habis dimakan, bundo beralih ke plan b. Siapa yang selalu makan sambal gesek orang nisemilan memang akan tahu rasa sambal ni. Ada keseimbangan rasa pedas, masin, masam yang menyengat di dalam mulut ketika ia dimakan. Masa bundo kecil dulu, mak bundo selalu buat sambal gesek untuk dimakan bersama pulut tanak.
Okay, yang ini versi tambahan dari bundo. Enak juga...
Bahan:
15 ulas cili api
1 genggam ikan bilis
1 ketul dada ayam kfc (kalau tak ada, rebus seketul dada ayam)
1 biji mangga
5 ulas bawang merah
3 biji limau kasturi
garam
1. Daging ayam disiat-siat. Ketepikan.
2. Ikan bilis direndam dalam air panas sebentar. Tos dan ketepikan.
3. Bawang merah dihiris.
4. Mangga diparut kasar.
5. Cili ditumbuk. Masukkan ikan bilis, tumbuk kasar. Masukkan pula bawang, tumbuk kasar.
6. Masukkan ke dalam mangkuk. Gaul bersama ayam, mangga dan jus limau berserta garam.
7. Seimbangkan kesemua rasa dan tambah mana yang kurang.
Makan dengan nasi panas. Pergh!!!
Kepada pembaca yang lalu di sini bundo pohon tolong sama doakan cucu bundo Muhammad Hafiy Fakhrullah sehat segera. Ceritanya di sini dan di sini.
Sekian.
ibundo

Sambal gesek ayam dan ikan bilis
4/
5
Oleh
Unknown