Puding dwirasa

Hari ketiga Ramadhan.  Bundo rajinkan diri untuk masukkan n3 baru. Juadah pencuci mulut untuk petang ini.  Rasanya tak tahu sebab belum rasa.  Mintak-mintak sedap.



Bahan:
Satu kotak jeli segera perisa strawberi
1 sudu besar serbuk agar-agar

Masak jeli mengikut arahan dikotak.  Masukkan serbuk agar-agar dan masak sehingga larut. Sediakan acuan lompang.  Basahkan.  Masukkan jeli ke dalam  acuan lompang kira-kira 3/4 bahagian sahaja.  Sejukkan.




1 bungkus agar-agar tali.
1 cawan perahan air pandan yang telah diblender
1 tin susu cair
3/4 cawan gula (kalau suka manis, tambah)
1300 ml air
1 sudu besar pes pandan

Rebus agar-agar bersama air sehingga larut.  Masukkan gula serta air pandan. Setelah sebati, masukkan susu dan pes pandan.
Sediakan acuan puding yang dua kali ganda lebih besar daripada acuan lompang.  Masukkan sedikit adunan puding di dasar acuan. Buat serupa pada semua acuan. Biarkan 3/4 keras.
Cakar-cakar sedikit permukaan puding.  Keluarkan jeli dari acuan lompang dan letak di atas puding yang telah dicakar tadi. Letak di tengah-tengah.
Kemudian curahkan adunan puding di atasnya sehingga ke paras permukaan.  Biarkan keras.



Sos kastad.
Yang ini pandai-pandai lah anak-anak ye.  Bundo main lebur je semua bahan.  Takde sukat-sukat pun.
Bundo bubuh tepung kastad sikit, susu cair, whip cream dan sedikit gula.  Lepas tu jerang sehingga kuah agak pekat.



 Air tu cuma untuk tujuan bergambar je. Lepas tu simpan dalam peti ais untuk minum nanti.



Sekian.

ibundo

Artikel Terkait

Puding dwirasa
4/ 5
Oleh

Berlangganan

Suka dengan artikel di atas? Silakan berlangganan gratis via email