Di rumah mak tua ada kepuk padi dimana padi yang sudah dituai disimpan. Masa itu kami tidak pernah membeli beras. Kami makan beras sawah yang padinya ditanam sendiri. Beras baru rasanya tersangat sedap. Wangi.
Untuk mendapatkan beras, emak , nenek dan juga mak tua akan menjemur padi terlebih dahulu. Sehelai tikar mengkuang buruk akan dibentang di laman rumah. Kemudian padi diletakkan di atas tikar. Emak akan meratakan padi tersebut memenuhi semua ruang tikar kecuali bahagian tepi yang ditinggalkan sedikit supaya padi tidak terkeluar.
Selalunya burung akan datang berterbangan dan hinggap mematuk padi. Sekiranya bundo ada ketika itu, bundolah yang ditugaskan untuk menghalau burung. Kadang-kadang dapat upah sepuluh sen. Kadang-kadang dapat upah aiskrim malaysia. Selalunya dapat upah makan nasi saja.
Selepas beberapa jam dijemur, padi akan diangkat dan dimasukkan ke dalam guni. Nenek akan letakkan guni beras di belakang basikal yang ada 'kariyar', mengikatnya dan membawanya ke kilang beras di pekan juasseh. Abah juga akan berbuat demikian. Ketika itu jalan dari pekan pekan juasseh ke jemapoh hanyalah denai kecil yang selalu becak ketika hujan. Kereta abah tidak dapat masuk sehingga ke rumah. Abah tinggalkan kereta di rumah tok ulong di juasseh.
Di kilang beras terdapat satu mesen beras yang besar. Ada corong dibahagian atasnya di mana padi dimasukkan. Ada pula satu lubang di bahagian belakang dimana hampas-hampas padi itu keluar, terlonggok terus didalam sebuah tong. Beras yang sudah diproses ditadah terus masuk ke dalam guni yang mengandungi padi tadi. Semua proses itu berlaku sekejap saja tetapi masa menunggu giliran itu yang lama.
Pada hari-hari kami makan nasi beras baru, pastinya kami makan dengan penuh berselera sekali.
Kalaulah ada benih beras basmathi, mestilah mereka mahu cuba menanamnya.
Oleh sebab bundo sudah lama tidak beriya-iya masak, semalam bundo buat nasi special. Kali ini cuba dengan rempah bolognese pula. Cubalah. Agak sedap.
Bahan:
4 pot rice cooker beras basmathi
2 cawan stok ayam (atau 2 cawan air + 2 sudu besar stok ayam pekat maggie)
4 cawan air
3 sudu besar butter/ majerin
1 peket perencah spageti bolognese maggie
1 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
1 inci halia
1 biji bawang besar (sederhana besar)
2 ulas bawang putih
1/2 cawan kacang pecan
1/4 cawan kismis campur
2 tangkai daun ketumbar
1. Panaskan butter/majerin di dalam rice cooker. Tumis bawang, halia dan rempah tumis sehingga wangi.
2. Masukkan kacang pecan dan goreng sehingga agak garing.
3. Masukkan pula kismis, kemudian beras basmathi yang telah dicuci bersih.
4. Kacau sebentar. Tambah air, daun ketumbar, stok ayam dan perencah spageti bolognese.
5. Masak seperti biasa.
Rekalah lauk yang sesuai. Mulanya bundo nak suaikan dengan meatballs tetapi tiba-tiba saja terasa malas. Lagipun dah buat kari ayam. Makan dengan kari ayam dan coleslaw.
Sebenarnya nasi saja dah sedap.
Silalah.....
ibundo

Nasi Bolognese
4/
5
Oleh
Unknown