Tampilkan postingan dengan label PENCUCI MULUT. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label PENCUCI MULUT. Tampilkan semua postingan

Chocolate lasagna

Salam hari khamis. Puasa harini?

Dah lama nak buat resepi ni sejak nampak ianya selalu lalu lalang dekat ruang fb. Baru kini berkesempatan untuk membuat dan merasa. Nak bagi gred, macamana ek. Sebab kesedapan tu terletak pada citarasa masing-masing. Bagi aku, okay okay saja la.  Tak adalah sampai kempunan kalau tak dapat lagi.

Bagi mereka yang tidak dan belum mendapat resepi ni, aku turunkan di sini. Aku tak tau resepi asal dari mana.  Ada sesiapa yang tahu?
Terima kasih pada empunya resepi.



Bahan A
36 ketul oreo dikisar (ambil krim sekali)
6 sudu besar butter dicairkan

cara:
campurkan kesemua bahan di atas dan gaul rata.  Ketepikan.

Bahan B
200 gm cream cheese
1 cawan non dairy whipping cream
100 gm gula castor/ gula ising
2 sudu besar susu segar

cara:
- Pukul cream cheese sehingga lembut
- Masukkan gula castor atau gula ising dan pukul lagi sehingga lembut dan gebu
- Masukkan susu segar dan pukul sebati.  Ketepikan
- Di dalam bekas yanglain, pukul non dairy whipping crean hingga lembut dan kental
- Kemudian campurkan dalam adunan cream chesee tadi.  Kaup balik dan masukkan ke dalam piping bag.




Bahan C

1/4 cawan tepung jangung
1/2 cawan gula castor
1/8 tsp garam
1 1/2 cawan susu segar + 1 1/2 cawan santan pekat
185 gm dark chocolate , dicincang
1 tsp esen vanila
1 sudu besar serbuk koko

Cara:
- Campurkan tepung jagung, gula dan garam ke dalam bekas
- Kemudian campurkan susu segar+santan dan kacau perlahan. Masak atas double boiler  dengan api sederhana.
- Sentiasa menggaul adunan sehingga ianya sebati dan pekat (15 - 20 minit)
- Tambah coklat cincang dan koko dan kacau sehingga kental.
- Alihkan dari api dan masukkan esen vanila.  Kacau rata.
- Ketepikan dan sejukkan





Cara melapis:
- Masukkan sedikit biskut oreo ke dalam bekas pilihan sebagai dasar
- Kemudian picitkan adunan bahan B di atasnya.
- Lapiskan atasnya dengan chocolate coconut puding, ratakan
- Picit lagi adunan bahan B
-Taburkan dengan chocolate chips. dan parutan cokolat


Aku kata, okay okay.  Anak aku kata sedap. Ikut selera memasing lah..


ibundo

Bread Pumpkin Pudding

Salam.
Satu minggu satu resepi. Well.. it's better than nothing ahaks..
Just havent got the time to snap snap snap. Makan tetap makan.
Yesterday je I attended 3 open houses makan makan. Dari tengahari meround, petang baru sampai rumah. The thought of not having to cook  for dinner because the stomach is so full already, was so pleasing tapi ada pula perut-perut yang dirumah ni minta diisi.
Whether i want or not, kena jugalah masak.  Masak simple goreng goreng dan panaskan lauk.




Labu ni beli dah lama. Tergolek-golek dalam bakul tak tahu nak dibuat apa.
Separuh I cooked lemak putih campur pucuk kayu manis. Done with that.
Yang separuh lagi timbul idea nak campur dengan puding roti.
Apa lagi, hantam sajalah labuuuu dan yang seronoknya, sedap pulak tu.
Sedap bak kata anak-anaklah.
Mengikut tekak anak ni apa yang mak dorang masak, sedap je..
Wanna try?

10 keping roti gardenia
2 cawan labu yang telah didadu anggaran 1/2 inci
2 cawan santan (1 cawan santan kotak + 1 cawan air)
2 biji telur
3/4 cawan gula
1 sudu besar (penuh) majerin
1/4 cawan choc chips





1.  Labu direbus separuh masak.
2. Roti dikoyak-koyak, rendamkan bersama santan.
3. Masukkan roti+santan, telur, gula dan majerin ke dalam blender.  Kisar halus.
4. Sediakan loyang, sapu sedikit majerin. Tuangkan roti yang telah diblender ke dalam loyang.
5. Masukkan labu dan choc chip.  Gaul rata.
6. Bakar hingga masak. My oven, 160 deg selama lebih kurang 40 minit.
7. Tunggu betul betul sejuk baru dipotong.  Kalau tak menyabar, boleh juga makan semasa panas tapi kena pakai sudu sebab masih lembut.


Makan dengan sos coklat sedap.  Makan dengan sos kastad pun sedap.  Makan begitu saja juga dah sedap.  Pilihan anda...


ibundo

Koci Keledek Oren

I came across this recipe somewhere but just cant remember where.
So this recipe became campak-campak dan hantam-sajalah. Luckily the outcome was sooo good.

The measurement that I'm going to put here is measurement campak-campak that in order to get it right, you have to campak-campak too..hiii..

Bahan:
Inti kelapa (tak payah resepi sebab semua orang tau nak buat)
(my inti kelapa tak cantik sebab mata mesen pemarut dah tumpul dan parutan kelapa jadi terlalu halus)

1 biji keledek oren yang sedang ( kalau nak buat banyak, go ahead.. use 2)
1 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan santan
 Air ( Standby, incase santan tak cukup)
 sedikit pewarna oren.

Daun pisang.

Untuk kuah santan:
2 cawan santan
1 sudu besar penuh tepung beras,
sedikit garam



How to get it done:
Buang kulit keledek, potong kecil dan rebus sampai empuk.  Kemudian lenyek halus.
Campurkan dengan tepung beras dan santan. Juga sedikit pewarna oren nak bagi kaler gojes.
H'a... kat sini yang kena trial and error tu. Kalau nampak keledek terlebih, tambah tepung. Kalau tak cukup santan, tambah air. Konsistensinya macam nak buat kuaci tapi pastikan jangan terlebih tepung nanti tak rasa keledeknya.
Lepas tu bahagi-bahagikan doh sebesar bola pimpong (up to you actually).
Sediakan daun pisang yang telah dilayur, sapu minyak. Leperkan doh, letak inti di tengah.
To assemble, letak sos santan atas daun pisang.  Letak doh berinti dan letak sos santan di atasnya.  Bungkus macam melipat kue koci. Buat sampai habis.
Kukus sampai masak.


Untuk sos:
Campurkan semua bahan dalam periuk san masak hingga kuah pekat.



Sedappp ma..


ibundo

Agar-agar Cendol Kacang Merah

Salam.
Already Sunday? Semuga anda semua berada di bawah lindunganNya dan menerima segala ibadah yang dilakukan di bulan yang mulia ini. We are trying our best to be the very best. Are'nt we?

Dah plan manisan apa untuk berbuka petang ni? Why not trying this agar-agar.
It tastes as good as it looks.
I took this recipe from azlita Masam Manis . Thank you.
I share it with you here:

1 peket agar-agar serbuk
1 liter air (anggaran 5 cawan)
1 cawan gula melaka (dihiris)
1 cawan gula pasir
1 cawan santan/susu cair
1 cawan cendol
1 cawan kacang merha dalam tin
1 helai daun pandan disimpul
secubit garam




Masak agar-agar bersama gula pasir dan air hingga larut dan mendidih.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Ambil 1 bahagian dan letak daun pandan dan gula merah. Masak semula hingga gula larut.

Tapiskan ke dalam loyang atau acuan yang telah dibasahkan dengan air terlebih dahulu. Biarkan ia mengeras.

2 bahagian lagi tambahkan santan dan secubit garam. Masak sehingga mendidih.  Tutup api dan masukkan cendol.

Cakar permukaan agar-agar gula melaka dengan garpu. Tuangkan 1/2 adunan agar-agar cendol di atasnya.  Taburkan dengan kacang merah. Biar sedikit mengeras.
Ulang sekali lagi dengan baki 1/2 adunan agar-agar cendol dan kacang merah. Simpan di dalam peti ais.




That's about all, disudahi dengan salam ramadhan sekali lagi.
Masak, masak juga.  Jangan lupa baca al Quran.
Know what! we can recite zikr anytime, no matter where.
Daripada fikiran merawang entah kemana ketika masak, eloklah penuhkannya dengan zikrullah.
Peringatan untuk bundo juga.

ibundo

Cheezy Melt

Hmmmm... sedap yang amat.
Betul-betul mencair dalam mulut.
Bila anak tanya  mak buat apa, bundo jawab cheezy melt.  Sebab ada rasa cheese dan melting in d mouth.
Bila tengok balik resepi, rupanya mendaalah ni namanya melty hershey.  Whatever.  Apa ada pada nama.
Anyway, resepi ni ni bundo ambil dari dapur azlita masam manis.  Sejak dua menjak ni habis dapur dak ita tu bundo selongkar. Thanks ita.  I lap u muah muah...




Kalau rajin, pergilah baca macamana nak buat melty hershey ni di blog masam manis. Ita memberi penerangan yang tersangat detail.
Ada berbagai-bagai base yang boleh anda pilih.
Untuk yang bundo buat ni, bundo gunakan base/dasar yang guna  biskut oreo, marrie dan almond flakes. Almond tu yang buatkan ada benda yang nak dikunyah-kunyah.



 Resepi bundo letak di sini. Izinkan bundo kongsi di sini pula ya ita!.

Lapisan dasar:
150 gm campuran oreo, biskut marrie
30 gm almond flakes
90 gm mentega dicairkan

Bakar sekejap almond.  Kisar kasar atau ramas ramas sahaja. Kisar oreo dan marrie. Campurkan biskut dan almond.  Masukkan mentega dan gaul rata. 
Masukkan ke dalam bekas bekas yang sesuai sebagai dasar.
Ketepikan, dan siapkan adunan cheese.




Resepi cheese:
250 gm cream cheese
200 gm non dairy whipping cream
150 gm plain yogurt
90 gm gula
15 gm gelatin (bundo tak guna)
60 ml air ( yang ini untuk mencairkan gelatin. Resepi ini tak pakai gelatin tak apa)
1 sudu teh jus lemon
50 gm bual blueberry (bundo guna strawberry)
blueberry filling (bundo guna strawberry filling)

Putar cream cheese dan gula hingga lembut.
Masukkan yogurt dan putar lagi.
Dalam bekas berasingan, putar non dairy whipping cream sehingga kental dan kaku.
(Sekiranya mangkuk pemutar ada satu saja, keluarkan cheese dan yogurt tadi masukkan ke dalam bekas lain. Kemudian gunalah mangkuk pemutar tu untuk putar whipping cream pula).
Kaup balik adunan whipping cream ke dalam adunan cheese. Tambahkan perahan jus lemon dan gaul sempurna.




Cara melapis tu terpulanglah pada kekereatifan sendiri.
Cara bundo ni:
Dasar (oreo, marrie, almond)
Cheese cream
Strawberry filling
Biskut marrie yang dicelup sekejap dalam fresh milk
Oreo kisar
Cheese cream
Hirisan strawberry
Cream chees
Atasnya di tabur sedikit dengan base/ dasar tadi dan letak strawberry



Yang di atas ini pula, bundo lapis dengan blueberry filling dan tabur atasnya dengan almond flakes.

Apa-apa pun memang yummy la..

ibundo

Pengat Nangka Kelapa Laut

Berjumpa lagi kita pada Jumaat yang tidak jemu datang bertandang.  Hari mendung dari pagi. Mungkin ramai para ibu yang gundah gelana kerana baju basuhan masih belum dapat disidai. Dah mula masuk dapur untuk menyiapkan makan tengahari? Ah.. antara tugas ibu@isteri yang tak berkesudahan. Jangan lupa berzikir semasa memasak. Daripada fikiran merawang tak tentu arah, lebih baik kita penuhi minda dan hati kita dengan selawat dan zikrullah.



Untuk resepi kali ini anda perlukan:
Beberapa biji nangka  ( 6- 8 biji mengikut saiz)
1 tin  buah kelapa laut
1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
Gula secukup rasa
1 sudu kecil garam
2 helai daun pandan



 
Nangka disiat panjang-panjang.
Kelapa laut ditapis ambil isinya sahaja.
Masakkan santan cair dan daun pandan yang dikoyak dan diikat, hingga mendidih.
Masukkan gula, santan pekat dan garam.
Apabila mendidih , masukkan pula nangka dan kelapa laut.
Bila mendidih sekali lagi, kacau sebentar dan padamkan api.
Bolehlah dimakan



Mmmmm.. yummy.
Selamat makan tengahari dan selamat minum petang.



Pendek dan ringkas je n3 ni kan?  What to do....

ibundo


Bubur jagung berdurian

Salam.  Pejam celik pejam celik, dah seminggu lebih jugak blog tak berupdate. Sejak maid balik kampung, masa untuk bersantai-santai pun turut terkorban. Masak.  Memang masak. Tapi masak, makan, kemas.. sampaikan nak ambil gambar pun takde masa. Nak buek camno?

Masterchef malasysia 2 dah selesai.  Puas hati dengan keputusan? Memang dah dijangka pun. Kebolehan azyan nampak menyerlah di minggu-minggu terakhir tapi jauh di sudut hati ini mengharap juga supaya along yang memperolehi kejayaan. Ya.. anak muda yang mencari dana untuk menyambung pelajarannya.  Semuga rezki along lebih luas di luar sana.



N3 amie 'bubur jagung durian' memberi bundo idea untuk membuat bubur jagung durian bundo ini pula walaupun resepi bundo ini resepi main belasah saja tak refer pun pada resepi amie.  Maap ye amie.
Memang kebetulan jagung ada satu tin.  Durian pula ada beberapa biji.  Durian kampung yang dibawa anak buah semasa singgah ke rumah tempoh hari.

Biji sagu yang bundo gunakan bewarna hijau.  Bukan sengaja nak bubuh yang hijau tapi yang putih tak ada. Tapi bila ada warna hijau dan warna kuning jagung tu, macam ngam lah pulak.

Cakap pasal biji sagu ni, bundo teringat akan Rosemah masterchef masa sesi kenal bahan. Rosemah ni satu kampung dengan bundo.  Kalau di kampung tu, nak ke rumah dia jalan kaki sepuluh minit dah sampai. Yang bundo nak cerita ni, semasa tiba turn dia mengenal bahan 'biji sagu' ni, dia sebut biji 'mata ikan'.  haha.. memanglah bundo tergelak sakan sebab kalau kat kampung tu sah sah ia nya disebut biji mata ikan.





Okaylah.  Resepi campak-campak bundo ni:

1 tin jagung manis adabi (yang berbiji)
Gula pasir ikut suka manis
1 sudu kecil garam
1 cawan santan pekat
Santan cair ikutlah suka nak kuah banyak mana
1/2 cawan sagu hijau direndam dulu
8 ulas durian (kalau durian besar, kurangkanlah)
1 helai daun pandan.

Masak santan, daun pandan yang disimpul dan gula hingga mendidih.
Sagu yang direndam, toskan airnya dalam tapis teh dan jirus sebentar bawah air mengalir.
Masukkan jagung, durian dan garam dalam santan.
Masukkan sagu.
Siap.



Sekian. Cuti panjang-panjang ni tak ada kemana?


ibundo