Selamat berhujung minggu. Mahu bersantai-santai saja di rumah? atau ada perancangan berkualiti bersama keluarga. Apa-apa pun bundo doakan semuga kalian bergembira dan berbahagia bersama keluarga tersayang.
Nasi claypot ini bundo buat petang semalam. Entah apa angin teragak nak buat nasi claypot. Sebenarnya pot ni dah lama benar tersimpan dalam almari tidak digunakan. Dulu-dulu bundo ada kerajinan juga nak buat selalu tetapi bila terasa leceh nak masak banyak pot sekali gus, tu yang terssimpan tak berusik-usik. Pot bundo ni kecik cukup untuk seorang makan saja.
Bahan (untuk 1 orang):
1/2 pot beras (pot rice cooker)
1 pot air
1 ketul ayam dipotong dua (bahagian yang bertulang)
5 biji cendawan shitake dipotong nipis
1/4 biji bawang besar didadu kecil
1 ulas bawang kecil dicincang halus
1/2 sudu serbuk stok ayam
1 tangkai daun ketumbar (masukkan akarnya sekali)
1/2 sudu besar tomato puri
1/4 sudu garam (tambah sedikit kalau kurang masin)
Masukkan kesemua bahan ke dalam claypot. Jerang atas api sederhana besar.
Perlahankan api (sangaaaat perlahan) apabila air kering supaya tidak berkerak di sebelah bawah.
Padamkan api apabila nasi betul-betul masak. Hidang segera.
Selamat menjamu selera.
ibundo

nasi cendawan claypot
4/
5
Oleh
Unknown
1 komentar:
nak tanya boleh? mcm mana nak pilih claypot cookware yang bagus? mesti guna api ke atau jenis induction pun sedap juga?
Reply