Salam pagi Isnin.
Sejak subuh angin di luar sana bertiup agak kuat. Langit gelap menjanjikan titik-titik hujan akan dicurahkan ke atas muka bumi. Kilat berlegar-legar di kaki langit dan guruh sahut menyahut mengejutkan tidur anak-anak kecil. Namun sang unggas terus saja mencicip-cicip terbang ke sana ke mari mencari rezki apa yang ada.
Tatap saja hidangan bundo pada pagi ini.
Bahan:
8 biji cili hijau besar
15 biji cili api hijau
1 biji kecil bawang besar bersaiz kecil dipotong kasar
5 sudu besar cincaluk
1/2 biji lemon diambil jusnya
Cara:
1. Blender kasar cili dan bawang.
2. Panaskan sedikit minyak dan goreng bahan kisar sehingga masak.
3. Masukkan cincaluk dan perahan lemon. Gaul rata sehingga benar-benar masak.
(Kalau suka pedas, boleh tambah cili api)
Sedap dimakan sebagai penambah selera.
Sekian.
ibundo

Sambal cincaluk goreng cili hijau
4/
5
Oleh
Unknown