Salam kasih sayang buat semua yang berkunjung. Semuga semuanya sehat sejahtera. Sekarang musim hujan. Jangan pula main hujan ye.
Petang tadi hujan lebat sungguh. Bundo di tesco semasa hujan turun dengan lebatnya. Semasa balik terkena jugalah tempias hujan. Teringat dulu masa kecik memang waktu hujan turun ni waktu yang dinanti-nanti. Seronok mandi air hujan. Terpekik-pekik mak suruh masuk tapi buat dono je. Cuba sekarang kalau anak-anak kita yang main hujan. Mahu terpekik terlolong juga suruh masuk rumah.
Semasa di Pekan Baru beberapa hari lepas bundo berkesempatan ke toko buku gramedia. Kalau ke kedai buku diorang ni bundo memang asyik masyuk tengok buku resepi mereka yang berbagai-bagai. Kalau boleh nak borong banyak-banyak tapi mengenangkan berat nak bawa balik, bundo beli je lah beberapa. Antara yang bundo beli adalah majalah 'sedap' edisi indonesia.
Antara resepi menarik yang bundo memang nak cuba semenjak bertentang mata dengan buku ini adalah kek ombre ini. Untuk membuatnya memang leceh macam buat kek rainbow juga dan semestinya memerlukan kesabaran yang sangat tinggi.
Kalau nak cuba, bundo letak resepinya di sini dengan bahasanya yang telah bundo olah sedikit.
Sumber: Majalah Sedap Indonesia
Hasil air tangan : ibundo
Bahan kek:
15 kuning telur
9 putih telur
1/4 sudu teh garam
1/2 sudu besar ovelet
185 gm tepung protein rendah
30 gm tepung jagung maizena
40 gm susu tepung
3/4 sudu teh baking powder
150 gm mentega tawar, cairkan
75 gm white cooking chocolate, cairkan
Bahan Filling:
200 gm cream cheese
100 gm mentega tawar dingin
50 gm gula castor
175 gm white cooking choccolate, cairkan
125 gm whipping cream
Bahan sapuan:
250 gm butter cream
75 gm butter cream tambahkan 3 titis pewarna ungu. Aduk rata.
75 gm butter cream tambahkan 7 titis pewarna ungu
75 gm butter cream tambahkan 15 titis pewarna ungu
75 gm butter cream tambahkan 1/8 sudu teh pewarna ungu
Selebihnya biarkan butter cream pada warna asal
Cara buat kek:
1. Kocok kuning telur sampai kental. Ketepikan.
2. Kocok putih telur dan garam sampai setengah mengembang. Tambah gula sedikit sedikit sambil dikocok sampai kembang.
3. Masukkan kocokan telur kuning dan ovelet. Kocok hingga mengembang semula.
4. Tambahkan tepung, susu tepung, maizena dan baking powder yang telah diayak bersama. Masukkan sedikit sedikit dan gaul rata.
5. Masukkan mentega cair dan white cooking chocolate cair sedikit-sedikit dan gaul perlahan.
6. Bahagi adunan kepada 5 bahagian.
Adunan 1 tambah 1/2 sudu makan pewarna ungu
Adunan 2 tambah 3/4 sudu teh pewarna ungu
Adunan 3 tambah 1/8 sudu teh pewarna ungu
Adunan 4 tambah 15 titis pewarna ungu
Adunan 5 biarkan pada warna asal
7. Tuang adunan ke dalam loyang bulat diameter 20 cm tinggi 3 cm yang disapu majerin dan dialas dengan kertas. Sapu juga kertas dengan majerin.
8. Bakar dengan api bawah pada suhu 190 deg selama 20 minit.
Cara buat filling:
1. Campur cream cheese dan mentega tawar. Kocok hingga lembut. Tambah gula dan white cooking chocolate cair. Kocok rata. Masukkan krim sedikit sedikit dan kacau rata.
Cara susun kek:
1. Ambil kek yang bewarna paling gelap. Sapukan filling. Letak kek yang kedua gelap di atasnya. Lakukan hal yang sama sampai habis mengikut urutan warna yang paling gelap di bahagian bawah.
2. Tutup keseluruhan kek dengan butter cream putih. Masukkan ke dalam peti sejuk sebentar.
3. Keluarkan bila cream agak mengeras dan sapu kek dengan buttercream bewarna ungu mengikut urutan paling gelap di sebelah bawah dan paling muda di atas sekali.
Silalah ambil beberapa potong. Biar cepat habis...
InsyaAllah nanti kalau bundo rajin akan bundo buat resepi yang lain pula dan kongsi di sini.
ibundo

Ombre Cake
4/
5
Oleh
Unknown