Bundo baca petua shiela pasal masak kari ikan terus buatkan bundo teruja sungguh untuk mencuba. Bukan tak selalu masak kari ikan. Selalulah juga tapi ada beberapa petua shiela tu yang bundo tak pernah buat. So, Sabtu haritu bundo pergi cari ikan tenggiri untuk dibuat kari. Bahan lain ada. Cuma perlu ikan saja.
Dahlah terpaksa bercekak dengan budak jaga kaunter tu sebab dekat whiteboard tulis harga lain, bila punch kira harga lain. Tapi akhirnya beli jugaklah.
Sebenarnya apa yang shiela cakap tu bundo main ingat-ingat dalam otak saja. Semasa nak masak, malaslah pulak nak menyelinap masuk dapur shiela lagi. Maka, buat sajalah apa yang teringat.
Lawaknya semasa bundo siapkan rempah tumis. Bundo ambil biji sawi, halba dan jintan halus dan bila campur-campur semuanya anggaran satu sudu besar. Kemudian bundo basuh dan tapis dalam penapis teh. Kejap lepas tu bundo tengok biji sawi bundo mengembang macam jeli. Bundo terus ambil cermin mata nak tengok apasallah pulak biji sawi bundo jadi macam tu. heh heh.. rupanya yang bundo basuh itu biji selasih. Patutlah....
Bundo carilah biji sawi sebab seingat bundo memang ada bundo beli cuma entah mana letaknya. Nasib baik jumpa.
Okay, pasal beras yang digoreng tanpa minyak tu memang bundo tak pernah buat sebelum ini. Tak sabar betul bundo nak tengok resultnya.
Dengan mengikut sebahagian besar petua shiela, (Bundo terlupa nak campur cili kering, terlupa nak bancuh rempah dengan santan, tak pasti samada beras goreng yang dikisar itu dibancuh sama dengan rempah atau tidak. Bundo campur dengan rempah), maka terhasillah kari ikan bundo yang sangat mabeles. Sedap.. walaupun beberapa pantang larang terlanggar.
Dah tu cili hijau yang bundo ingat masih banyak dalam peti ais rupanya dah habis. Tak dapatlah nak bundo patah-patahkan masuk dalam kuah. Yang ada cuma bende yang bundo petik fresh dari belakang dapur.
Hasben makan bertambah-tambah. Anak-anak makan pun kata sedap. Lain kali pasti bundo buat lagi dan ikut betul-betul arahan. Mesti lagi sedap. Yang ini pun bundo hirup-hirup je kuah dia dan cicah dengan roti.
Terima kasih SHIELA.....
ibundo

Tenggiri masak kari
4/
5
Oleh
Unknown