Apam kembang setaman

Salam buat semua.
Harini terasa rajin pula hendak menghapdet. Apatah lagi bila menengok apam ni elok bebenau kejadiannya. Langsung berlari naik tangga ambil kamera. Ooops.. bukan berlari.  Lutut dah ada tanda penuaan.  Ankle pun macam dah terlebih uric asid. Tapi kang nak kata merangkak buruk sangat pulak bunyinya haha.

Cantik kan? Gebu je. Rasa pun sedap. Lain kali kena kurangkan gula 1/2 cawan, baru kena dengan lidah yang dah tak berapa suka benda manis-manis sangat ni.



Bundo tengok korang maintain je masukkan entry baru.  Bundo sibuk betullah sekarang ni.  Hari-hari terkejar-kejar ke sana ke mari. 14 April ni kindy bundo adakan sukan tahunan. Perut kembang kempus kembang kempus juga risau hari sukan bertembung dengan pilihan raya.  Semalam dah setel dengan mpkj insyaallah tarikh yang bundo ambil tu lepas. Banyak benda nak buat.  Banyak benda nak kena urus. Ada masanya rasa macam tak tertampung dek badan bundo ni.



 Apam ni dah pernah bundo letak resepi dulu.  Agak lama jugak dulu tu. Bundo letak balik di sini.  Kalau ada sesiapa nak cuba, silakan.

2 biji telur
2 cawan gula (kalau tak mahu manis, letak 1 1/4 cawan saja)
3 cawan tepung
1 sudu kecil ovelet
1 1/2 cawan air aiskrim soda / sprite
1 sudu kecil esen vanila




 Cara:
1. Putar telur dan gula sehingga kembang.
2. Masukkan ovelet dan esen vanila, putar lagi.
3. Masukkan tepung berselang seli dengan aiskrim soda. Kacau rata.
4. Bahagi kepada beberapa bahagian dan warnakan mengikut warna yang disukai.  Rehatkan selama setengah jam.
5. Sementara itu, panaskan kukusan.
6. Sudukan adonan ke dalam mangkuk kertas dan kukus sehingga masak.





Sekian.  Itu saja kali ni.  Tak tahulah bila boleh jumpa lagi.


ibundo


Artikel Terkait

Apam kembang setaman
4/ 5
Oleh

Berlangganan

Suka dengan artikel di atas? Silakan berlangganan gratis via email