Salam pagi khamis. Banyak benda nak buat harini. Siapa yang tak bizi kan? Semua orang terkejar-kejar berlumba dengan masa yang berjalan tak menoleh ke belakang. Kita je yang berjalan selalu tertoleh-toleh hmmm..
Ahad ni sukan tahunan kindy bundo yang tertangguh sebab spr batalkan tempahan stadium tempohari akan berlangsung. Kali ni dibuat di stadium ukm. Alhamdulillah..
Rumah bundo ni dah penuh dengan hadiah. Ramai parents yang bermurah hati membuat sumbangan wang dan hadiah untuk cabutan bertuah. Hadiah amat lumayan.
Pertengahan May pula satu lagi main family event akan berlangsung. Bizi bizi bizi.. tapi sempat jugalah masak-masak.
Resepi kali ni? Jom layannnn....
Bahan:
1 ekor ayam
1 inci lengkuas *
1 inci halia *
1 biji bawang besar *
3 ulas bawang putih *
2 batang serai *
1 biji bawang besar dipotong bulat
1 sudu kecil serbuk lada sulah
10 biji cili api diketuk-pecah
6 helai daun limau purut dibuang tulang dan dikoyak
2 sudu besar kicap pekat manis
1 cawan susu cair
1 cawan air
1 sudu besar jus lemon
Cara:
1. Ayam dilumur sedikit kunyit dan garam. Goreng 3/4 masak. Ketepikan.
2. Kisar bahan yang bertanda *.
3. Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan kisar sehingga masak.
4. Masukkan air, susu, ayam dan bahan-bahan lain. Tambah garam secukup rasa.
5. Masak sehingga kuah agak pekat.
Sekian. Semuga hari anda ceria hari ini dan juga hari-hari seterusnya.
ibundo

Ayam Tambatan Hati
4/
5
Oleh
Unknown