Menghayati pagi yang indah.
Cuaca nyaman. Unggas bercicipan terbang dan hinggap di dedahan. Bayu bertiup lembut menyapa daun yang melambai perlahan-lahan.
Perut juga sudah diisi. Sarapan apa pagi ini? Bundo masak roti jala. Dipagi buta bundo mencari pewarna hijau, terlupa yang botolnya sudah kosong dan dibuang semalam ketika membuat apam. Mencari lagi terjumpa pewarna kuning. Bila sudah dibancuh ke dalam adonan rupanya yang ku sangka kuning itu sebenarnya oren. Ah.. oren pun orenlah. Memang mata selalu menipu. Bukan gitu?
Dinner semalam teragak membuat rice salad. Bagi yang menngamalkan diet, elok sangat-sangatlah makan rice salad ini. Tak payah makan lauk yang pelbagai. Lauk pauk yang menggembirakan pakcik kolesterol dan makcik hipertensi boleh diketepikan. Err.. itupun kalau ada ketahanan jiwa dan raga.
Bahan ( untuk 1 atau 2 orang makan)
1 cawan nasi
1/2 batang timun jepun didadu kasar
4 biji baby tomato dibelah 2
2 kelopak daun salad dipotong kasar
daun bawang dan celery dipotong pendek
1/2 batang cili merah dihiris
1 sudu besar minyak zaitun xtra virgin
1 sudu besar mayonis
sedikit lada hitam
garam secukup rasa
1 sudu besar jus lemon
sedikit parutan kulit lemon
Cara:
- Masukkan minyak zaitun, mayonis ke dalam mangkuk. Gaul dengan whisker.
- Tambah lada hitam, garam, jus lemon dan gaul rata.
- Masukkan parutan kulit lemon beserta timun, salad, daun bawang, celery, tomato, cili yang telah dipotong-potong. Gaul rata.
- Masukkan nasi, gaul rata.
Sedap makan salad nasi dengan gaulan sayur yang rangup krapkrup krapkrup. Kok ada sambal belacan pun best gak ni.
Sekian.
ibundo

Rice Salad
4/
5
Oleh
Unknown