Dah hari rabu. Bulan April pun dah nak separuh jalan. Cepat sungguh masa berlalu. Lagi jauh perjalanan waktu ini lagi dekat hendak sampai ke penghujung. Bersyukur kerana masih dipinjamkan hayat untuk menikmati kebesaranNya dan berbakti terutamanya kepada keluarga tercinta.
Sekurang-kurang menjamin yang keperluan makan minum tetap terjaga.
Apa cerita hari ini?
Semuga ceria-ceria sambil menanti-nanti bila agaknya PRU akan berlangsung. Sukan kindy bundo yang dijangka berlangsung pada ahad ini terpaksa ditunda ketarikh lain kerana spr mengarahkan supaya semua tempahan stadium mpkj dibatalkan sehingga selesai pilihanraya. Alahai..
Satu kotak blueberry sudah lama tersimpan dalam peti ais. Hajat nak buat itu ini memang ada sejak mencapainya di giant tempoh hari. Cuma penyakit malas yang tak menentu ditambah lagi dengan kebizian melampau maka ia tinggal terperap begitu saja. Baru pagi tadi bakit bangun dari kemalasan.
Rasanya?
Sedap jugalah pada lidah dan tekak bundo. Ada kelembapan di situ. Lembut.
Sejak dua menjak ini bundo cuba buat adunan sendiri tanpa bergantung pada resepi sedia ada. Biasalah kan.. ada yang jadi ada yang tak.
Bahan:
250 gm tepung naik sendiri
150 gm unsalted butter
150 gm gula castor
3 biji telur
1 sudu teh vanila
1 cawan pisang yang telah dilenyek
1 cawan blueberry
1/2 cawan fresh milk
1. Blueberry dilenyek sedikit dengan garpu.
2. Ayak tepung.
3. Pukul gula dan butter sehingga lembut.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul sehingga kembang.
5. Masukkan esen vanila dan tepung . Pukul speed perlahan sehingga bergaul rata.
6. Masukkan pula susu.
7. Akhir sekali masukkan pisang dan blueberry. Gaul rata dengan spatula.
8. Alas dulang pembakar dan tuang adonan. Bakar sehingga masak.
Sekian. Kalau nak tau rasanya, cubalah....
ibundo

Banana blueberry cake
4/
5
Oleh
Unknown