Cekodok pisang coklat peanut butter

Hari sabtu dan ahad perut penuh sebab banyak sangat makan di rumah terbuka. Ada orang tu mukanya dah bertambah bulat sejak hari raya sebab tak berhenti makan.  Bila bergambar perut asek dikempis-kempiskan takut yang terbonjol tu ketara haha.. Nasiblah kalau ada yang terasa. Bundo yang dah tua ni tak boleh ikutkan selera anak muda. Nanti diri sendiri yang susah.

Dah muak makan biskut raya?  Apa kata kita makan cekodok pisang. Kalau kita hidang cekodok pisang semasa jamuan, agak-agak laku ke tidak. Pasti laku kalau ada kelainan. Jom tengok resepi.




Pisang yang bundo buat cekodok ni bundo tak tahu namanya apa. Asalnya hasben bundo pesan pada anak bundo belikan pisang untuk dibuat makan pencuci mulut. Dibelinya pisang seakan-akan pisang emas tetapi agak gemuk-gemuk. Bundo kata ni pisang ni orang selalu buat cekodok. Jadi, sebab bundo nampak pisang tu sesuai sangat untuk dibuat cekodok, bundo pun ambil 5 biji.

5 biji pisang (pisang apa pun ok asal bukan yang jenis masam)
3/4 cawan tepung kek naik sendiri
1 sudu besar susu pekat manis
1 sudu besar parutan coklat masakan
2 sudu besar chunky peanut butter


- Hancurkan pisang di dalam mangkuk.
- Masukkan bahan-bahan yang lain dan gaul rata.
- Sekiranya adunan agak lembik, tambah sedikit tepung lagi
- Panaskan minyak, bulat-bulatkan adunan dengan tangan di tepi mangkuk dan masukkan ke dalam minyak panas.  Goreng sehingga kecoklatan.


Selamat mencuba.

ibundo


Artikel Terkait

Cekodok pisang coklat peanut butter
4/ 5
Oleh

Berlangganan

Suka dengan artikel di atas? Silakan berlangganan gratis via email