Terlebih dahulu bundo nak ucapkan selamat menyambut eidul fitri yang bakal menjelang beberapa hari saja lagi. Ramadhan akan berlalu meninggalkan kita dan pastinya kita akan merindui bulan yang penuh dengan barakah ini. Bundo minta maaf banyak-banyak sekiranya sepanjang berbloging ini bundo ada menyentuh perasaan sesiapa.
Selamat hari raya, maaf zahir dan batin. Sekiranya tinggal berhampiran dengan rumah bundo di bandar baru bangi, silalah datang ke rumah bundo yang tidak sepertinya ini.
Untuk mengisi n3 bundo kali ini, bundo letakkan resipi mihun kuah laksa lemak yang bundo buat semalam.
Bahan:
Mihun atau mi kuning
10 ekor ikan kembung
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
1 inci kunyit hidup*
15 biji cili kering direndam dan direbus*
2 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 biji kelapa diambil santan pekat dan cair
3 keping asam keping
2 kuntum bunga kantan
beberapa batang daun kesum
bahan sampingan:
telur
tauge
daun salad dihiris nipis
timun dihiris batang mancis
cili merah dihiris
limau kasturi
sambal belacan
1. Ikan direbus dan diambil dagingnya. Blender daging ikan menggunakan air rebusan. Tulang juga dikisar berasingan dan ditapis ambil airnya.
2. Blender bahan yang bertanda*
3. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan yang diblender sehingga wangi dan garing.
4. Masukkan ikan yang telah diblender.
5. Tambah santan cair dan masak sehingga mendidih.
6. Tambah santan pekat, daun kesum, bunga lawang, garam dan asam keping. Bubuh bahan perisa sekiranya mahu.
7. Sekiranya kuah terlalu pekat, tambah sedikit air.
8. Untuk menghidang, sediakan bahan sampingan. Enak dimakan bersama dengan sambal belacan.
Sekian hidangan bundo hari ini. Jumpa lagi insyaAllah.

ibundo
Mihun kuah laksa lemak
4/
5
Oleh
Unknown