Tauhu sumbat sayuran

Masa kaklong datang untuk berbuka puasa satu petang dalam bulan ramadhan haritu, dia bawa tauhu sumbat. Bundo ni apa saja yang ada kena mengena dengan tauhu memang bundo suka teramat sangat.  Tambah lagi kalau ada yang berinti.  Lagilah suka.

Jadi, pada satu hari yang lain, bundo buat tauhu sumbat vesi yang lain pula.  Tapi asalnya.. tauhu yang kena sumbat hehe.



Rasanya masing-masing masih berada di dalam mood hari raya.  Bagi yang sudah masuk bekerja, mungkin terasa macam bekerja dalam terpaksa. Maklumlah, sana sini orang masih lagi ziarah menziarahi dan projek makan-makan masih berterusan.



Raya bundo sama juga macam dulu-dulu.  Cuma kali ini ada kesedihan kerana sepupu bundo meninggal dunia di malam raya kedua. Sesiapa yang membaca n3 bundo ini, sedekahkanlah alfatihah buat sepupu bundo yang telah pergi itu. Semuga rohnya tenang di sana.



Bahan untuk tauhu sumbat ini:
4 keping tauhu
inti:
1/2 batang carrot diparut halus
segenggam penuh tauge
1 batang daun seleri dihiris nipis
1 batang daun sup dihiris nipis
isi tauhu yang telah dikeluarkan
1/2 biji cili merah dicincang kecil
1/2 sudu serbuk lada putih
sedikit garam

Bahan pencelup:
3 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung goreng ayam rangup
Air secukupnya

Cara:
-Gaul semua bahan inti dan ketepikan
-Goreng tauhu sehingga kekuningan. Ketepikan dan  biarkan sejuk.
-Belah satu bahagian sisi.  Hati-hati supaya tidak putus.  Korek dan keluarkan sedikit isinya (isinya dimasukkan ke dalam bahan inti)
-Masukkan inti ke dalam tauhu seperti gambar di bawah.



-Sediakan tepung untuk mencelup tauhu.  Campurkan tepung dengan air secukupnya dan kepekatannya seperti tepung untuk menggoreng pisang lebih kurang.
-Celup tauhu di dalam bancuhan tepung dan goreng sehingga kekuningan.
-Makan dengan sambal cili ataupun sos cili.





Sekian.  Selamat hari raya.


ibundo

Artikel Terkait

Tauhu sumbat sayuran
4/ 5
Oleh

Berlangganan

Suka dengan artikel di atas? Silakan berlangganan gratis via email